Saturday, 25 November 2017

SENI ROCOCO

SENI ROCOCO


  • Rocaille bermaksud beralun
  • Seni ini muncul di Perancis pada awal abad ke 18 sebagai lanjutan kepada gaya Baroque tetapi agak berlawanan dengan tema yang agak lebih berat berserta warna yang lebih gelap dan masih mengekalkan gaya Baroque
  • Pada pertenghan akhir abad ke 18, seni ini tenggelam oleh kemunculan gaya Neoclassic.
  • Seni Rokoko lebih memberi penekanan kepada imaginasi daripada kebenran, cahaya dan warna lebih penting dari bentuk
  • Figura bogel serta tema-tema mitologi serta potret dihasilkan khusus untuk golongan bangsawan.
  • Lukisan alam benda, pemandangan, dihasilkan untuk kelas pertengahan
  • Grueze menggunakan subjek-subjek yang bersifat sentimental untuk merakamkan suasana moralistik
  • Chardin pula banyak menggambarkan suasana dan aktiviti harian melalui imej-imej figura.
  • Baucher dan Fragonard menghasilkan imej yang lebih padat.
  • Golongan pertengahan menggemari karya-karya yang merakamkan suasana dalaman yang sederhana.
Seni Rococo

  • Istilah Rococo berasal daripada bahasa Perancis 'rocaille' dan 'coquille' yang bermakna batu dan kerang yang digunakan untuk menghias bahagian dalam gua yang dibina pada taman yang bertemakan Baroque
Latar belakang seni Rococo

  • Pada 1948, Louis XIV mendirikan oyal Academy of Painting and Sculpture untuk pembinaan kesenian Perancis. Setelah itu muncul salon iaitu tempat untuk bersosial bagi kaum menengah atas yang bercita rasa tinggi. 
  • Salon biasanya dikelola oleh seorang nyonya rumah. Tempat ini juga mempamerkan lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh seorang seniman. 
Perkembangan

  • Di wilayah Eropah yang lain, terutamanya di Jerman, seni Rococo masih berkembang pesat di kalangan istana.
Ciri-ciri

  • Tema lukisan pada zaman itu biasanya berkenaan para bangsawan yang sedang berkumpul di taman atau dewa-dewa klasik yang sedang bertemu. 
  • Selain itu, tema-tema ini turut dihiasi dengan lukisan yang indah, suasana damai, penuh fantasi dan keanggunannya tersendiri. 
  • Banyak menggunakan pendekatan naturalistik.
  • Seni Rococo ini berbeza dengan seni Baroque yang menggemari warna kontra yang cenderung gelap, maka Rococo pula banyak menerapkan warna-warna pastel untuk menggambarkan suasana lembut.
Seni Lukis Rococo

Francis Boucher
An Autumn Pasteral
1749


Elisabeth Vigee Lebrun
Self potrait
1790
Jean Honore Fragonard
Happy Accidents of The Swing
1767

Friday, 24 November 2017

SENI BAROQUE

SENI BAROQUE



  • Baroque ialah sebuah istilah untuk mengkategorikan sebuah era dalam perkambangan peradaban manusia termasuk seni yang telah terjadi di Eropah pada akhir abad ke -17.
  • Seni Baroque bermula pada tahun 1600 hingga 1750 yang juga merupakan bahagian akhir dari zaman renaissance 
  • Seni ini juga dianggap cerminan keadaan pada zaman itu sehingga seni memiliki ciri-ciri yang khusus yang dapat membezakan seni baroque dengan seni yang telah wujud pada zaman-zaman yang terdahulu.
  • Perkataan Baroque berasal dari sebuah perkataan dalam bahasa Portugis iaitu baracco yang bererti jenis mutiara besar yang kasar dan biasa dipakai untuk perhiasan badan. 
  • Menurut Barnes, corak seni Baroque mengandungi unsur tekanan yang kuat, kekuatan emosi dan sesuatu yang elegan ( Barnes, 2005 ).
  • Menurut Sullivan ( 2005 ), ciri-ciri seni Baroque terbentuk daripada beberapa faktor seperti sense of movement dan energy.
  • Rembrandt Harmszoon vin Rijn
  • Teknik yang terkenal ialah teknik churoscuro  yang digunakan oleh seorang pelukis Belanda yang bernama Rembrandt Harmszoon van Rijn.  
  • Ciri visual yang dapat dilihat dengan jelas ialah kontras cahaya ( gelap - terang ) yang dominan dan menghasilkan kesan dramatic kepada lukisan.                                                                                                                                                                                                                                     Tokoh 
  • Rembrand Harmszoom vin Rijn
    Carravaggio
  • Caravaggio          
           Seni catan
  • Disifatkan sebagai satu karya yang dinamik
  • Kesan ilusi di dalam ruang dan cahaya membuatkan catan di siling kelihatan seperti lutsinar
  • Catan pada zaman ini disifatkan sebagai kompleks dengan warna padat dan terang
  •  Setiap negara Eropah, memperlihatkan perkembangan dalam seni Baroque dari sisi berlainan dan keunikkan tersendiri
  • Dekorasi yang diperlihatkan di dalam istana pula menekankan subjek mitologi yang dilihat dari sudut agama Kristian.
          Media dan teknik
  • Fresco digunakan untuk membuat catan di dinding dan siling
  • Cat minyak dan kanvas pula digunakan untuk catan easel
  • Media campuran juga digunakan untuk menghasilkan kesan yang maksima.
          Ciri-ciri catan Baroque
  • Kelihatan lebih dinamik
  • menggunakan kaedah ilusionisme
  • Perspektif yang kompleks
  • Gabungan warna menghasilkan kesan emosi
The Calling of Saint Matthew
by Caravaggio
( 1599-1600 )
Carravagio menggunakan kaedah tenebrisme di mana cahaya yang kuat memberi kesan yang dramatik.
Di Sepanyol terdapat dua gaya utama iaitu
intense mysticism dan detached realism. Kedua-dua gaya ini mengutamakan teknik tenebrism dan ilusionisme.
Catan keagamaan dianggap penting dalam perkembangan seni di Sepanyol.
Teknik mysticicm dapat dilihat di dalam catan agama yang dicipta oleh El-Greca manakala  realism pula terdapat di dalam hasil karya Velazquez.
Caravaggio ialah orang yang bertanggungjawab mempengaruhi para pelukis di Sepanyol melalui teknik tenebrism.




Caravaggio
[ Judith Slaying Holoferner ]
1958
Itali