Wednesday, 25 October 2017

SENI MESIR PURBA

SENI MESIR PURBA

Seni zaman purba Mesir ialah lukisan, seni pahat atau arca,reka bentuk bangunan atau seni bina dan pelbagai lagi seni yang dihasilkan oleh peradaban atau tamdun Mesir purba.Seni Mesir purba mencapai tahap paling tinggi dalam lukisan dan seni pahat malah mempunyai gaya dan simboliknya yang tersendiri. Masyarakat pada zaman ini tidak terarah kepada perubahan dan agak konservatif, oleh itu seni di Mesir purba mengambil masa yang agak lama untuk berubah iaitu lebih kurang 300 tahun. Kebanyakan hasil seni yang bertahan ialah batu yang diukir dan monumen. Mesir juga menunjukkan hasil seni yang berkaitan dengan kehidupan selepas mati dengan menggunakan kaedah pengawetan untuk memberi pengetahuan tentang masa silam atau sejarah mereka.

Seni Mesir purba termasuk lukisan, seni pahat di atas kayu ( pada zaman sekarang, lakaran di atas kayu sukar ditemui ), batu dan seramik, melukis di atas " Papyrus " iaitu sejenis tanaman air yang digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat kertas pada zaman kuno. Selain itu, seni Mesir purba juga termasuk barang kemas. Media- media dan mesej yang ingin disampaikan sememangnya melambangkan statusekonomi dan kepercayaan masyarakat Mesir kuno. 

Seni pahat atau arca merupakan seni yang paling lama mampu bertahan dan terhebat dalam zaman Mesir purba. Seni pahat memainkan peranan yang besar dalam proses perkembangan budaya Barat. Arca mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam beberapa zama, malah turut menjadi penanda aras kepada pencapaian zaman purba klasik

Batu kapur dan stuko
47cm tinggi
Diukir pada tahun 1345 SM oleh Thutmose
Dijumpai pada tahun 1912 di Amarna Mesir
Muzium Neues Berlin, Jerman

Patung ini dianggarkan berusia 3 300 tahun. Patung ini diperbuat daripada batu kapur dan stuko. Nefertiti bermaksud " yang cantik telah datang " yang juga merupakan Permaisuri Agong Firaun Akhenatan. Ukiran ini dikatakan ukiran yang paling banyak ditiru atau dijadikan contoh dalam penghasilan karya. Patung ini telah dipahat oleh Thutmose pada tahun 1345. Nefertiti telah menjadi salah seorang wanita yang terkenal dari zaman kuno kerana telah dipatungkan beliau juga menjadi simbol kepada kecantikan wanita. 

Nefertiti disimpan di pelbagai lokasi hingga patung ini akhirnya diletakkan di muzium di Berlin. Patung dada Nefertiti ini juga dikatakan simbol kepada budaya Berlin, Jerman dan Mesir Kuno.Patung ini mempunyai tinggi sepanjang 47 sentimeter dengan berat sebanyak 20 kilogram sahaja.Ukiran wajah Nefertiti menampakkan bentuk simetri yang digabung dan mencerminkan gaya Mesir klasik.

Pandangan sudut kiri


Pandangan hadapan

Pandangan dari sudut kanan


ROMAN ART

ROMAN ART

Mozek Roman biasa dilihat di rumah peribadi dan bangunan awam. Selain daripada hasil kerja yang cantik, mozek Roman juga mempunyai nilai yang tersendiri seperti keperluan sehari-hari iaitu baju, makanan, alatan, senjata, flora dan fauna. Mereka juga mendedahkan pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh orang-orang Roman seperti Pertandingan Gladiator. Gladiaor ialah pelaga lembu yang profesional dan dibekalkan sejenis senjata untuk berlawan di depan umum di dalam stadium yang besar. Majoriti pelaga lembu ialah, hamba, atau banduan yang dihukum. Pertandingan ini merupakan salah satu bentuk hiburan yang terkenal dan diminati oleh orang-orang Roman. Selain itu, terdapat juga mesej yang ingin disampaikan dalam bentk sukan, pertanian, memburu dan adakalanya mengambil orang-orang Roman sendiri sebagai inspirasi dan menjadikannya potret yang realistik dan lebih terperinci.

Dari sudut tradisional pula, artis pada zaman purba sering mengambil atau meminjam idea-idea dari Greek, analisis terkini juga menunjukkan seni di Roman mempunyai kadar kebergantungan yang tinggi kepada model yang terdapat di Greek. Seni Roman juga dilihat memenuhi Etruscan dan budaya seni di Mesir.

Teknik membuat mozek ialah menggunakan mortar dan ' tesserar ' iaitu sei empat yang dipotong daripada bahan-bahan seperti biji guli, gelas dan lain-lain. Dua asas ini diletakkan serapat yang mungkin kemudian diisi dengan cecair mortar dalam proses yang dikenali sebagai ' grouting '. Grouting ialah satu proses di mana suatu cairan campuran antara simen dan air dimasukkan dengan tekanan ke rekahan atau retakan bagi melekatkan batu-batu antara satu sama lain. 


2nd century AD
Mosaic
573 cm x 397 cm ( 18 ft 10 in x 13 ft 0 in )
The Archeological Museum of Tripoli. Tripoli, Libya


Mozek Zliten ialah lantai mozek yang terkenal pada zaman Roman. Mozek Zlita ini dijumpai dijumpai di dalam bandar Zliten yang terletak di Libya. Mozek ini dijumpai oleh seorang ahli arkeologi Itali iaitu Salvatore Aurigemma pada tahun 1913 dan sekarang mozek ini ditempatkan di Muzium Arkeologi Tripoli. Ia memaparkan pertandingan laga lembu atau Gladiator , pemburuan binatang dan apa yang berlaku dalam kehidupan mereka sehari-hari.

                                                      

Secara lebih terperinci, lakaran ini menggambarkan pengadil sedang mengangkat tangan pelaga lembu yang menang, kedua-dua pelaga lembu ini melihat ke arah pengadil. Latar belakang pula diletakkan sebuah tandu yang digunakan untuk mengangkat pelaga lembu yang cedera dalam pertandingan. 

EARLY BUDDHIST ART

EARLY BUDDHIST ART

Seni Buddha adalah seni rupa yang dipengaruhi oleh agama Buddha. Karya seni ini meliputi beberapa media seperti arca, dan lukisan yang menampilkan Buddha, bodhisatwa ( makhluk yang mengabdikan dirinya demi kebahagiaan makhluk lain selain dirinya di alam semesta ini ). Selain itu, terdapat juga media seperti tokoh-tokoh Buddhist yang terkenal sama ada tokoh sejarah atau pun tokoh mitologi. Di samping itu, ada juga benda-benda yang dikaitkan dengan amalan ritual Buddha seperti wajra ( tongkat logam ), lonceng, stupa ( makam ) dan mandala ( lingkaran ). Seni bina candi bererti bangunan tempat beribadah dan wihara iaitu rumah ibadat  Buddha juga termasuk dalam seni rupa Buddha.



Seni rupa Buddha berasal daripada anak benua India berdasarkan sejarah kisah kehidupan dan ajaran Siddharta Gautama, pada abad ke-6 smpai ke-55 masihi. Seni rupa ini kemudian berkembang dan berevolusi kerana bercampuran dengan budaya lain dan kemudiannya tersebar ke sebahagian besar wilayah benua Asia dan dunia. Seni rupa Buddha telah berkembang ke seluruh dunia.

Arca Bodhisatwa Tiongkok dari kayu
Dari masa Dinasti Song ( 960-1279 )

Penyebaran agama Buddha melalui Asia Tengah, Tiongkok dan akhirnya Korea dan Jepun. Penyebarannya bermula pada abad pertama Masihi dengan catatan semi lagenda bahawa Kaisar Ming yang berasal dari Dinasti Han Tiongkok mengirim utusan ke Barat untuk memperolehi kitab suci Buddha dan membawa ajaran Buddha ke Tiongkok. Seterusnya, diikuti dengan melaksanakan misi penyebaran agama Buddha dari Asia Tengah ke negeri Tiongkok. Mereka yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Buddha menterjemahkan kitab-kitab suci Buddha ke dalam bahasa Tionghua kemungkinan berasal dari Parthia, Kushan, Sogdiana dan Kucha.

Peta penyebaran agama Buddha