Seni zaman purba Mesir ialah lukisan, seni pahat atau arca,reka bentuk bangunan atau seni bina dan pelbagai lagi seni yang dihasilkan oleh peradaban atau tamdun Mesir purba.Seni Mesir purba mencapai tahap paling tinggi dalam lukisan dan seni pahat malah mempunyai gaya dan simboliknya yang tersendiri. Masyarakat pada zaman ini tidak terarah kepada perubahan dan agak konservatif, oleh itu seni di Mesir purba mengambil masa yang agak lama untuk berubah iaitu lebih kurang 300 tahun. Kebanyakan hasil seni yang bertahan ialah batu yang diukir dan monumen. Mesir juga menunjukkan hasil seni yang berkaitan dengan kehidupan selepas mati dengan menggunakan kaedah pengawetan untuk memberi pengetahuan tentang masa silam atau sejarah mereka.
Seni Mesir purba termasuk lukisan, seni pahat di atas kayu ( pada zaman sekarang, lakaran di atas kayu sukar ditemui ), batu dan seramik, melukis di atas " Papyrus " iaitu sejenis tanaman air yang digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat kertas pada zaman kuno. Selain itu, seni Mesir purba juga termasuk barang kemas. Media- media dan mesej yang ingin disampaikan sememangnya melambangkan statusekonomi dan kepercayaan masyarakat Mesir kuno.
Seni pahat atau arca merupakan seni yang paling lama mampu bertahan dan terhebat dalam zaman Mesir purba. Seni pahat memainkan peranan yang besar dalam proses perkembangan budaya Barat. Arca mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam beberapa zama, malah turut menjadi penanda aras kepada pencapaian zaman purba klasik
![]() |
Batu kapur dan stuko 47cm tinggi Diukir pada tahun 1345 SM oleh Thutmose Dijumpai pada tahun 1912 di Amarna Mesir Muzium Neues Berlin, Jerman |
Patung ini dianggarkan berusia 3 300 tahun. Patung ini diperbuat daripada batu kapur dan stuko. Nefertiti bermaksud " yang cantik telah datang " yang juga merupakan Permaisuri Agong Firaun Akhenatan. Ukiran ini dikatakan ukiran yang paling banyak ditiru atau dijadikan contoh dalam penghasilan karya. Patung ini telah dipahat oleh Thutmose pada tahun 1345. Nefertiti telah menjadi salah seorang wanita yang terkenal dari zaman kuno kerana telah dipatungkan beliau juga menjadi simbol kepada kecantikan wanita.
Nefertiti disimpan di pelbagai lokasi hingga patung ini akhirnya diletakkan di muzium di Berlin. Patung dada Nefertiti ini juga dikatakan simbol kepada budaya Berlin, Jerman dan Mesir Kuno.Patung ini mempunyai tinggi sepanjang 47 sentimeter dengan berat sebanyak 20 kilogram sahaja.Ukiran wajah Nefertiti menampakkan bentuk simetri yang digabung dan mencerminkan gaya Mesir klasik.
![]() |
Pandangan sudut kiri |
![]() |
Pandangan hadapan |
![]() |
Pandangan dari sudut kanan |
Top 50 best games for iPhone and Android (Plus a few - DrmCD
ReplyDeleteThe best 안양 출장안마 free games 경상북도 출장마사지 in 대구광역 출장마사지 the USA with free bonus! · Jackpot 수원 출장마사지 Party 2 · Vegas Slots · 시흥 출장샵 Wild Casino · Vegas