Seni Buddha adalah seni rupa yang dipengaruhi oleh agama Buddha. Karya seni ini meliputi beberapa media seperti arca, dan lukisan yang menampilkan Buddha, bodhisatwa ( makhluk yang mengabdikan dirinya demi kebahagiaan makhluk lain selain dirinya di alam semesta ini ). Selain itu, terdapat juga media seperti tokoh-tokoh Buddhist yang terkenal sama ada tokoh sejarah atau pun tokoh mitologi. Di samping itu, ada juga benda-benda yang dikaitkan dengan amalan ritual Buddha seperti wajra ( tongkat logam ), lonceng, stupa ( makam ) dan mandala ( lingkaran ). Seni bina candi bererti bangunan tempat beribadah dan wihara iaitu rumah ibadat Buddha juga termasuk dalam seni rupa Buddha.
Seni rupa Buddha berasal daripada anak benua India berdasarkan sejarah kisah kehidupan dan ajaran Siddharta Gautama, pada abad ke-6 smpai ke-55 masihi. Seni rupa ini kemudian berkembang dan berevolusi kerana bercampuran dengan budaya lain dan kemudiannya tersebar ke sebahagian besar wilayah benua Asia dan dunia. Seni rupa Buddha telah berkembang ke seluruh dunia.
Arca Bodhisatwa Tiongkok dari kayu Dari masa Dinasti Song ( 960-1279 ) |
Penyebaran agama Buddha melalui Asia Tengah, Tiongkok dan akhirnya Korea dan Jepun. Penyebarannya bermula pada abad pertama Masihi dengan catatan semi lagenda bahawa Kaisar Ming yang berasal dari Dinasti Han Tiongkok mengirim utusan ke Barat untuk memperolehi kitab suci Buddha dan membawa ajaran Buddha ke Tiongkok. Seterusnya, diikuti dengan melaksanakan misi penyebaran agama Buddha dari Asia Tengah ke negeri Tiongkok. Mereka yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Buddha menterjemahkan kitab-kitab suci Buddha ke dalam bahasa Tionghua kemungkinan berasal dari Parthia, Kushan, Sogdiana dan Kucha.
Peta penyebaran agama Buddha |
No comments:
Post a Comment