Mozek Roman biasa dilihat di rumah peribadi dan bangunan awam. Selain daripada hasil kerja yang cantik, mozek Roman juga mempunyai nilai yang tersendiri seperti keperluan sehari-hari iaitu baju, makanan, alatan, senjata, flora dan fauna. Mereka juga mendedahkan pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh orang-orang Roman seperti Pertandingan Gladiator. Gladiaor ialah pelaga lembu yang profesional dan dibekalkan sejenis senjata untuk berlawan di depan umum di dalam stadium yang besar. Majoriti pelaga lembu ialah, hamba, atau banduan yang dihukum. Pertandingan ini merupakan salah satu bentuk hiburan yang terkenal dan diminati oleh orang-orang Roman. Selain itu, terdapat juga mesej yang ingin disampaikan dalam bentk sukan, pertanian, memburu dan adakalanya mengambil orang-orang Roman sendiri sebagai inspirasi dan menjadikannya potret yang realistik dan lebih terperinci.
Dari sudut tradisional pula, artis pada zaman purba sering mengambil atau meminjam idea-idea dari Greek, analisis terkini juga menunjukkan seni di Roman mempunyai kadar kebergantungan yang tinggi kepada model yang terdapat di Greek. Seni Roman juga dilihat memenuhi Etruscan dan budaya seni di Mesir.
Teknik membuat mozek ialah menggunakan mortar dan ' tesserar ' iaitu sei empat yang dipotong daripada bahan-bahan seperti biji guli, gelas dan lain-lain. Dua asas ini diletakkan serapat yang mungkin kemudian diisi dengan cecair mortar dalam proses yang dikenali sebagai ' grouting '. Grouting ialah satu proses di mana suatu cairan campuran antara simen dan air dimasukkan dengan tekanan ke rekahan atau retakan bagi melekatkan batu-batu antara satu sama lain.
![]() |
2nd century AD Mosaic 573 cm x 397 cm ( 18 ft 10 in x 13 ft 0 in ) The Archeological Museum of Tripoli. Tripoli, Libya |
Mozek Zliten ialah lantai mozek yang terkenal pada zaman Roman. Mozek Zlita ini dijumpai dijumpai di dalam bandar Zliten yang terletak di Libya. Mozek ini dijumpai oleh seorang ahli arkeologi Itali iaitu Salvatore Aurigemma pada tahun 1913 dan sekarang mozek ini ditempatkan di Muzium Arkeologi Tripoli. Ia memaparkan pertandingan laga lembu atau Gladiator , pemburuan binatang dan apa yang berlaku dalam kehidupan mereka sehari-hari.
![]() |
Secara lebih terperinci, lakaran ini menggambarkan pengadil sedang mengangkat tangan pelaga lembu yang menang, kedua-dua pelaga lembu ini melihat ke arah pengadil. Latar belakang pula diletakkan sebuah tandu yang digunakan untuk mengangkat pelaga lembu yang cedera dalam pertandingan.
No comments:
Post a Comment