Seni Anglo-Saxon merangkumi seni yang dihasilkan dalam sejarah Inggeris Anglo-Saxon bermula dari tempoh migrasi Anglo-Saxon pada abad ke-5 dan berakhir pada tahun 1066 dengan Penaklukan Norman yang besar Negara-negara Anglo-Saxon yang menerima pengaruh dari kebanyakakkan negara Eropah Utara. Pencapaian yang cmerlang ini dilihat dalam tempoh abad ke-7 dan abad ke-8 dengan karya logam dan perhiasan dari Sutton Hoo dan satu siri manuskrip. Zaman kegemilangan ini berakhir apabila berlakunya kebangkitan budaya Inggeris selepas tamatnya Pencerobohan Viking.
Opus Anglicum telah diiktiraf sebagai sulaman terbaik di Eropah, walaupun hanya beberapa keping sulaman logam yang terdapat pada zaman Anglo-Saxon-Bayeux Tapestry adalah sejenis sulaman yang agak berbeza pada ukuran yang lebih besar. Karya logam adalah bentuk seni yang paling dihormati di Eropah pada ketika itu oleh orang-orang Anglo-Saxon.
Kerja Logam
Seni Anglo-Saxon adalah yang awal yang masih mampu bertahan sehingga kini. Kebanyakkan dalam perhiasan gaya Jerman iaitu kelengkapan untuk pakaian dan senjata.
Walaubagaimanapun, masyarakat Anglo-Saxon terganggu pada abad ke-19 dengan serangan Viking.Kebanyakkan biara-biara ditutup di utara selama beberapa dekad. Fasa terakhir seni Anglo-Saxon dikenali sebagai SEkolah Winchenster yang dibina di banyak pusat di selatan England.