Tuesday, 31 October 2017

EARLY MEDIEAVAL ART

SENI ZAMAN PERTENGAHAN
Monumen gereja Byzantine adalah salah satu pencapaian hebat seni pertengahan abad ke-19


 Seni zaman pertengahan di dunia Barat meliputi ruang dan tempat yang luas, lebih dari 1 000 tahun seni di Eropah dan Timur Tengah serta Afrika Utara. Ia termasuk pergerakan seni utama dan tempoh, seni kebangsaa dan serntau, genre, kraf tangan artis atau seniman itu sendiri

Karya seni yang paling penting pada zaman abad pertengahan adlah manuskrip yang digambarkan, buku-buku yang ditulis dengan tangan pada kertas-kertas buatan tangan yang diperbuat daripada kulit binatang. Para rahib menghabiskan hidup mereka dengan menghasilkan khazanah yang tidak ternilai ini iaitu melukis ilustrasi dan huruf awal. Karya yang terkenal dari manuskrip yang digambarkan adalah The Book of Kells. Seni abad pertengahan terbahagi kepada emapt iaitu, Carolingian, Ottonian, Anglo-Saxon dan Hiberna-Saxon.

Seni pertengshn telah dihasilkan di banyak media, dan karya-karya yang masih banyak terdapat di dalamnya termasuk patung, manuskrip, kaca berwarna, logam dan mozek, semuanya boleh bertahan untuk jangka masa yang lebih lama daripada bahan media lain. Terutama pada awal tempoh karya-karya seperti seni halus atau seni hiasan seperti karya logam, ukiran gading yan diperhalusi, dan sulaman yang menggunakan logam berharga, mungkin lebih bernlai daripada lukisan atau patung monumen.
Seni Anglo-Saxon merangkumi seni yang dihasilkan dalam sejarah Inggeris Anglo-Saxon bermula dari tempoh migrasi Anglo-Saxon pada abad ke-5 dan berakhir pada tahun 1066 dengan Penaklukan Norman yang besar Negara-negara Anglo-Saxon yang menerima pengaruh dari kebanyakakkan negara Eropah Utara. Pencapaian yang cmerlang ini dilihat dalam tempoh abad ke-7 dan abad ke-8 dengan karya logam dan perhiasan dari Sutton Hoo dan satu siri manuskrip. Zaman kegemilangan ini berakhir apabila berlakunya kebangkitan budaya Inggeris selepas tamatnya Pencerobohan Viking.



Opus Anglicum telah diiktiraf sebagai sulaman terbaik di Eropah, walaupun hanya beberapa keping sulaman logam yang terdapat pada zaman Anglo-Saxon-Bayeux Tapestry adalah sejenis sulaman yang agak berbeza pada ukuran yang lebih besar. Karya logam adalah bentuk seni yang paling dihormati di Eropah pada ketika itu oleh orang-orang Anglo-Saxon.


Kerja Logam
Seni Anglo-Saxon adalah yang awal yang masih mampu bertahan sehingga kini. Kebanyakkan dalam perhiasan gaya Jerman iaitu kelengkapan untuk pakaian dan senjata.

Walaubagaimanapun, masyarakat Anglo-Saxon terganggu pada abad ke-19 dengan serangan Viking.Kebanyakkan biara-biara ditutup di utara selama beberapa dekad. Fasa terakhir seni Anglo-Saxon dikenali sebagai SEkolah Winchenster yang dibina di banyak pusat di selatan England.

No comments:

Post a Comment