Seni di China sudah wujud semenjak zaman batu, iaitu sejak tahun 10 000 SM. Kebanyakan seni yang terhasil pada ketika itu ialah berbentuk seni patung dan seni seramik. Oleh itu, tidak hairanlah apabila terdapat banyak lukisan dari zaman silam yang tidak daat dikenalpasti pelukisnya. Tambahan pula, pada masa itu Chinese Art diklasifikasikan mengikut dinasti yang memerintah di mana selalunya tiap-tiap dinasti bertahan ratusan tahun lamanya. Para pelukis dari zaman Dinasti Han hingga ke zaman Dinasti Tang kebanyakan melukis tentang manusia. Tidak ramai yang mengetahui bahawa, lukisan-lukisan itu diambil dari tempat pemakaman dan dilindungi dengan kain sutera dan disimpan di dalam tembo makam. Hal ini demikian kerana, menurut kepercayaan ianya akan melindungi orang yang dikuburkan di situ dan rohnya akan segera naik ke syurga.
Lukisan pemanangan hanya wujud ketika tahun 907 SM.Lukisan ini dikenali sebagai " Great Age of Chinese Landscape ". Lain pula di utara China, banyak nama pelukis dari zaman itu sempat tercatat. Antaranya ialah, Jong Hao, Li Cheng, Fan Kuan, dan Guo Xi. Kebanyakan mereka melukis berdasarkan alam semulajadi iaitu lakaran tentang gunung. Selatan negara China pula memperlihatkan ramai pelukis yang melukis berdasarkan bukit dan sungai sebagai inspirasi.
Agama Buddha mula masuk ke negara China sekitar abad pertama. Pada abad itu, seni di China mula dikaitkan dengan pengaruh Buddha dalam hasil karya yang dibina. Salah seorang pelukis pada zaman ini ialah Gu Kaizhi yang lahir di Wuxi.Gu Kaizhi mengeluarkan tiga buku tentang melukis dari sudut pemahaman beliau. Hasil tulisan beliau yang pertama ialah On painting Introduction of Famous Paintings of Wei, naskhah yang kedua pula bertajuk Jin Dynasties dan yang ketiga bertajuk Painting of Yuntai Mountain. Teori Kaizhi menyatakan, dalam lukisan bahagian wajah manusia yang paling perlu diberi perhatian ialah pada bahagian matanya keran jiwa manusia terletak di situ.
1.Karya seni yang terkenal di China
2.Diukir oleh Zheng Chunhui
3.Bertajuk " Along The River During the Quinming Festival "
4.Ukiran kayu terpanjang dengan ukuran lebih dari 40 kaki ( panjang 12.286 meter, tinggi 3.075 meter dan lebar 2.410 inci )
Arca ini mengandungi lebih daripada 550 orang yang diukir secara individu. Angka tersebut belum termasuk bersama-sama semua bangunan dan dedaunan yang diukir pada arca ini. Ia mengambil masa selama 4 tahun untuk siap sepenuhnya. Namun ianya berbaloi apabila berjaya direkodkan sebagai salah satu sejarah dalam dunia melalui pengiktirafan oleh Guiness Book of World Records.
No comments:
Post a Comment