Wednesday, 25 October 2017

SENI YUNANI DAN HELLENISTIC

SENI DI YUNANI DAN HELLENISTIC

Mitologi Yunani adalah salah satu mitos dan lagenda kepunyaan Yunani purba yang berkisarkan mengenai dewa dan pahlawan mereka, sifat dunia, asal-usul dan upacara keagamaan. Mitologi adalah sebahagian daripada agama dalam Yunani purba. Sarjana moden turut menjadikan mitos-mitos sebagai rujukan dalam usaha mengimbau kembali institusi keagamaan dan politik Yunani purba. Selain itu , tujuan mereka adalah untuk mengetahui tentang peradabannya dan untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat kewujudan mitos itu sendiri.

The Ghent Altarpiece by Jon van Eyck and his brothers.
1432
A large altarpiece on panel.
The outer wings are hinged, and painted on both sides.

Mitologi Yunani dapat dilihat secara jelas tidak hanya dalam koleksi karangan tetapi juga mempunyai maksud tersirat dalam hasil seni seperti lukisan pasu. Mitos Yunani menjelaskan asal-usul dunia dan butiran kehidupan serta pengembaraan pelbagai dewa, dewi, pahlawa, wirawati, dan makhluk mitos. Cerita-cerita seperti ini pada awalnya disebarkan secara lisan kerana itu juga hari ini mitos Yunani amat dikenali terutama daripada sastera Yunani. 

Penemuan arkeologi menunjukkan sumber utama tentang perincian mitologi Yunani dengan dewa-dewa dan pahlawan ditonjolkan dalam hiasan pelbagai artifak. Rekaan geometri pada tembikar dari abad ke-8 SM menceritakan adegan pejuang Trojan seta pengembaraan Hercules. Selepas zaman Archais, Klasik dan Hellenistik, Homer dan pelbagai adegan mitologi muncul, melengkapi bukti sastera yang sedia ada.

Boy from Al-Fayum,2nd century CE
A mummy potrait
Encoustic on word-note the cracks
 ' Panel painting ' ialah lukisan yang dibuat di atas bahan yang sekata dan diperbuat daripada kayu. Sama ada menggunakan sebahagian atau beberapa keping potongan yang akhirnya digabungkan sekali. Medium ini digunakan sebelum kanvas menjadi terkenal sebagai medium yang lebih sesuai pada kurun ke-16. 

Panel painting adalah sangat tua, ia adalah medium yang paling berprestij di Greece dan Roman. Namun, hanya ada beberapa contoh panel painting yang purba yang mampu bertahan hingga sekarang.




                                                                                                  





No comments:

Post a Comment