Presentation at the Temple by Ambrogio Lorenzetti, 1342 Fifteenth Century,Tempera on Wood. 17 1/2 x 16 5/8 in ( 44.5cm x 42.2cm ) Metropolitan Museum of Art, New York |
Empayar Bizantium atau Empayar Rom Timur merujuk kepada Empayar Rom semasa Zaman Pertengahan. Negara ini berpusat di Constatinaple yang sekarang dikenali sebagai Istanbul di Turki. Walaupun empayar ini dikenali oleh masyarakat Barat sebagai Empayar Greek kerana budaya dan populasinya, tetapi rakyatnya sendiri menganggap negara ini sebagai Rom atau Romania kerana maharajanya adalah berasal daripada keturunan Rom. Islam juga menyatakan bahawamereka ialah orang Rom.
Seni di Empayar Rom sepenuhnya tertumpu kepada Gereja Kristian Ortodoks Timur yang merupakan salah satu mazhab dalam agama Kristian. Seni ini dapat dilihat dalam lukisan ikon dan dekorasi gereja iaitu gambar yang dilukis di dinding atau ukiran yang diperbuat daripada kaca atau batu yang berwarna-warni. Hal ini menunjukkan, hasil kerja ini tiada kaitan dengan ekspresi atau emosi.
Dari perspektif perekaan pula, hasil kerja seni Empayar Rom mewakili kebanyakan seni yang sangat indah ciptaannya di dalam sejarah seni. Gaya asas Bizantine diakhiri dengan kejatuhan Constatinaple kepada Turki pada 1453, semasa Zaman Pencerahan Eropah. Walaubagaimanapun, pengaruhnya bersambung untuk satu jangka masa yng lama di Rusia. Tambahan pula, ramai pelukis noden yang menilai hasil seni pada zaman pertengahan sebagai inspirasi yang dipengaruhi oleh seni di Bizantine.
Hasil karya ini berdasarkan buku Gospel of Luke ( 2:22-38 ). Memetik perenggan tersebut, kisah yang ingin ditampilkan di dalam karya tersebut ialah apabila Joseph ( kiri sekali ) dan Virgin ( di tengah ) mempersembahkan Christ di dalam kuil untuk upacara penyucian selepas 40 hari kelahirannya, ciri-ciri ketuhanan telah diketahui oleh Simeon ( kanan ) dan Anna ( kiri ).
Walaupun hasil karya ini dicipta semasa kurun ke-15, namun ia mempunyai persamaan dengan hasil karya yang dilakar di Itali dan juga karya artisan dari Eropah.
No comments:
Post a Comment